Saturday 9 July 2016

Polis Keluar 43 Saman dalam Ops Samseng




Kota Kinabalu, 10 Julai - Polis mengeluarkan 43 saman terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Samseng Jalanan di sekitar bandar raya ini, malam tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata operasi dari 11.30 malam hingga 4 pagi yang turut dijalankan di Jalan Lintas, Jalan Kepayan dan Jalan Bukit Bendera itu bertujuan membanteras kegiatan samseng jalanan di sekitar Kota Kinabalu.

"Kami turut menyita enam motosikal dan lima kereta kerana melakukan pelbagai kesalahan trafik," katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Chandra, sepanjang operasi itu, 33 kenderaan diperiksa termasuk enam motosikal. 

- BERNAMA



SHARE THIS

0 comments: