Monday 3 July 2017

Tati Skincare Disahkan Mengandungi Racun Berjadual Oleh KKM 2017



tati-skincare-kkm-racun-berjadual

Berikut adalah merupakan kenyataan akhbar oleh pihak NPRA dan KKM dalam senarai terbaru produk yang diharamkan kerana mengandungi racun berjadual.

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

PRODUK-PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

1. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan
produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di
bawah:

1. Tati Skincare Night Cream

NOT150200975K

Biotech Resources Sdn. Bhd.

Mengandungi racun : Merkuri

2. Tati SkincareTreatment Cream

NOT150200974K

Mengandungi racun : Hydroquinone dan Tretinoin

Biotech Resources Sdn. Bhd.

3. Moleek Anti Pigment Cream

NOT150700326K

Mengandungi racun : Hydroquinone dan Tretinoin

DZ Reenz Enterprise

2. Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan
Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk
berkenaan.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL DAN KESANNYA PADA KESIHATAN

3. Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk
farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh
digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

4. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan
kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak
diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh
menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit
daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

5. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk
tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan
tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi
kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

6. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri boleh memudaratkan
kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk
ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga
boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum
dilahirkan.

7. Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh
orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi
merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu. Bayi dan kanak-kanak kecil boleh
terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi
merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya
memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi
merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

8. Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan
penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjual
adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah
melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

9. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh
dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun
atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau
penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.
Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk
kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

10. Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan
untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional
kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

11. Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada
kosmetik@npra.gov.my atau menghubungi talian 03-78835400. Pengguna dan orang ramai
adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan
melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/ atau http://npra.moh.gov.my/images/Press-release/2017/1_pressreleaseApr17TatiSkincareTreatmentCreamMoleekAntiPigmentCream.pdf

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia




SHARE THIS

0 comments: