Sunday 10 July 2016

Hospital Pakar KPJ Damai terbakar




Hospital Pakar KPJ Damai terbakar


KOTA KINABALU: Sejumlah 28 pesakit di Hospital Pakar KPJ Damai di sini dipindahkan serta merta kerana asap tebal akibat kebakaran yang berlaku pada pukul 5.30 pagi Isnin.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah melaporkan insiden itu membabitkan bilik kawalan kuasa yang terbakar hampir 90 peratus.

Bomba yang tiba sejurus menerima panggilan berdepan kesukaran memadam api akibat asap yang terlalu tebal.

Api berjaya dipadam sepenuhnya pukul 8.17 pagi.

Tiada kemalangan jiwa di laporkan dan pesakit di pindahkan ke lokasi selamat.
Bomba masih menyiasat punca kebakaran yang dipercayai berlaku akibat litar pintas.

- Awani



SHARE THIS

0 comments: