Monday 4 July 2016

MRT Corp Agih Tiga Kontrak Untuk Laluan Putrajaya Sg Buloh



MRT Corp Agih Tiga Kontrak Untuk Laluan Putrajaya Sg Buloh

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) menganugerahkan tiga kontrak pakej kerja bagi pembinaan Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) bernilai RM1.38 bilion.


Dalam kenyataan Isnin, MRT Corp berkata, kontrak tersebut adalah dua pakej kerja sistem dan satu pakej kerja lanjutan.

Katanya Pakej Kerja Sistem SY205 bagi kejuruteraan, perolehan, pembinaan, pengujian dan pengoperasian bekalan tenaga dan sistem pengedaran untuk Laluan SSP dianugerahkan kepada Colas Rail Consortium dengan harga kontrak sebanyak RM683.03 juta.

Pakej Kerja Sistem Kedua adalah Pakej SY206 bagi kejuruteraan, perolehan, pembinaan, pengujian dan pengoperasian komunikasi, rangkaian radio bersepadu kerajaan, sistem teknologi maklumat dan telekom komersial (Infra) untuk Laluan SSP diberikan kepada Sapura-EVD Consortium dengan nilai RM632 juta, katanya.

Sapura-EVD Consortium merupakan 100 peratus syarikat tempatan, iaitu konsortium yang diterajui Bumiputera.

MRT Corp berkata SN Akmida Holdings Sdn Bhd dianugerahkan pakej kerja lanjutan bagi pembinaan dan menyiapkan Ibu pejabat Polis Sungai Besi dan kerja-kerja lain yang berkaitan, bernilai RM59.5 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Seri Shahril Mokhtar, berkata perubahan dalam keperluan untuk Laluan MRT SSP memerlukan syarikat asing bekerjasama dengan syarikat tempatan, berbanding hanya bahan-bahan sumber.

Syarikat itu mahu syarikat tempatan mengambil bahagian secara aktif dalam projek MRT, menggalakkan lagi pemindahan ilmu dalam ekonomi negara, katanya.

-- BERNAMA




SHARE THIS

0 comments: