Tuesday 5 April 2016

Panama Papers: Nazifuddin sahkan tapi nafi salah laku




Datuk Nazifuddin Mohd Najib, salah seorang anak perdana menteri, telah mengesahkan penglibatan beliau dengan dua syarikat yang berpangkalan di Kepulauan Virgin British (BVI) tetapi menafikan sebarang salah laku dalam perkara tersebut.


Dalam respons beliau terhadap dokuman 'Soalan Lazim Ditanya' berkaitan dengan kebocoran yang digelar sebagai "Panama Papers' baru-baru ini, Nazifuddin berkata beliau pernah memegang jawatan pengarah dalam dua syarikat - Jay Marriot International dan PCJ International Venture Limited.

Nazifuddin, bagaimanapun berkata beliau tidak lagi terbabit dalam kedua-dua syarikat itu yang telah diperbadankan oleh frima guaman di Panama, Mossack Fonseca.

Nazifuddin berkata beliau adalah salah seorang daripada dua pengarah dalam Jay Marriot pada 2009 tetapi telah memindahkan semua sahamnya kepada pengarah yang lain - kakak Ch'ng Soon Sen - dan meletak jawatan pada tahun 2011.

PCJ International pula telah ditubuhkan pada tahun 2012 bersama dengan pemaju Megat Daniff Zaharudin. Syarikat itu telah ditutup setahun kemudian, dan Nazifuddin berkata tiada transaksi perniagaan telah dibuat.

Menurutnya, adalah menjadi perkara biasa bagi pihak-pihak tertentu untuk mengambil kesempatan daripada kebocoran itu, seperti membayangkan berlaku salah laku, dan katanya lagi ia bukan mengejutkan bahawa ada yang mempolitikkanya sebagai sebahagian daripada percubaan biasa untuk melancarkan kempen mencemar.

Tiada sebarang urus niaga yang dibuat dalam masa beliau terlibat dalam kedua-dua syarikat tersebut, kata Nazifuddin dalam catatan di Facebooknya.

Nazifuddin juga menegaskan bagaimana tiada salah laku dibayangkan oleh Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ), yang telah melakukan siasatan bersama dengan akhbar berpangkalan di Jerman, Süddeutsche Zeitung.

Sumber: Mkini



SHARE THIS

0 comments: