Tuesday 5 April 2016

Panama Papers: Isteri terlibat, PM Iceland letak jawatan




Perdana Menteri Iceland Sigmundur David Gunnlaugsson meletakkan jawatan semalam susulan pendedahan Panama Papers yang menunjukkan isterinya memiliki syarikat luar pesisir dengan tuntutan besar pada sebuah bank negara itu yang telah ditutup.


Kebocoran dokumen firma undang-undang yang mempunyai kepakaran menubuhkan syarikat luar pesisir itu berjaya menarik tumpuan dunia terhadap pemimpin dan tokoh-tokoh dunia di seluruh dunia.

Ia menimbulkan keraguan awam bagaimanapun golongan berkuasa menyembunyikan wang mereka dan mengelak cukai.

Jurucakap kerajaan Iceland berkata tuntutan terhadap bank di negara itu dibuat oleh syarikat milik isteri perdana menteri berjumlah lebih 500 juta Icelandic crowns (AS$4.1 juta), lapor Reuters.

Gunnlaugson berkata aset isterinya dicukaikan di Iceland.

Beliau membuat keputusan meletakkan jawatan selepas ribuan orang berhimpun di depan parlimen pada Isnin dengan melemparkan telur dan pisang serta mendesak pengunduran pemimpin yang berkuas sejak 2013 itu.

Anggota politik pembangkang mendesak sebuah pilihan raya baru diadakan dan memfailkan usul tidak percaya di parlimen.

Bank-bank utama di Iceland ditutup susulan krisis kewangan pada 2008.

Sumber: Mkini



SHARE THIS

0 comments: