Wednesday, 6 April 2016

Volkswagen tarik balik model Touareg di China





BEIJING, 6 April -- Volkswagen akan menarik balik 103,569 model Touareg di China bagi memasukkan sebahagian alat yang hilang kerana tanpa alat itu boleh menyebabkan pedal brek tercabut.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pentadbiran Am Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin, penarikan semula itu bermula pada 18 April membabitkan model Touareg keluaran antara 12 Januari 2010 dan 19 Januari 2016, lapor agensi berita China Xinhua.

Syarikat pembuat kereta itu berkata cemat pangsi pada pedal brek kenderaan yang terjejas mungkin kehilangan klip lengkung (circlip).

Jika pedal brek tercabut ia akan menyebabkan brek gagal berfungsi sekaligus meningkatkan risiko kemalangan.

Volkswagen berjanji akan melakukan pemeriksaan menyeluruh serta menggantikan alat yang rosak secara percuma.

Pemilik kenderaan boleh hubungi Volkswagen di talian 400-188-0888 untuk maklumat lanjut.

-- BERNAMA



SHARE THIS

0 comments: