Tuesday 28 June 2016

Pencuri Hati Ayda Jebat viral di youtube




KUALA LUMPUR: Penyanyi Ayda Jebat tidak menyangka klip video single lagu Pencuri Hati, yang baru dimuat naik di YouTube, Sabtu lalu, meraih jumlah tontonan hampir 500,000. 

Sehingga laporan ini ditulis, klip berkenaan sudah pun mencatat 184,632 jumlah tontonan. Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 24, berkata, Pencuri Hati dianggap sebagai single yang berjaya meraih perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila video lirik lagu berkenaan saja ditonton 7.6 juta kali. 

Video muzik single pertamanya, Siapa Diriku, pula mencatat 5.2 juta jumlah tontonan. "Alhamdulillah, berdasar klip video lalu, Pencuri Hati lebih hit berbanding Siapa Diriku. Video lirik Pencuri Hati saja sudah mendapat 7.6 juta tontonan. "Saya harap klip video Pencuri Hati akan mendapat jumlah tontonan lebih banyak daripada video lirik itu sendiri," katanya kepada BH Online. 

Dalam pada itu, Ayda berkata, lagu Pencuri Hati begitu bermakna buatnya memandangkan ia ditujukan khas buat peminat yang tidak henti menyokongnya. Beliau sendiri melontarkan idea dan menyediakan papan cerita atau storyboard bagi memastikan video berkenaan terhasil seperti diinginkan. 

"Apa yang saya mahukan dalam klip video itu adalah kewujudan rakaman peminat yang sentiasa bersama saya. Asalnya, saya ingin membuat siri jelajah ke seluruh negara dan membuat penggambaran bersama peminat di setiap negeri. Begitupun, masa tidak mengizinkan. "Jadi saya ambil 'footage' peminat yang sudah ada dan memasukkan sekali dalam klip terbabit," tuturnya.



Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/168780



SHARE THIS

0 comments: