Thursday 26 May 2016

Ronaldo harap Mourinho kuatkan united




JOSE Mourinho perlu mengembalikan semula identiti Manchester United sebaik sahaja beliau dilantik sebagai pengurus Red Devils, menurut Cristiano Ronaldo.


Penyerang Real Madrid itu pantas memuji Mourinho yang sedang memuktamadkan kontrak dengan United untuk mengisi jawatan yang ditinggalkan Louis van Gaal di Old Trafford.

Ronaldo pernah bekerjasama dengan Mourinho semasa di Santiago Bernabeu.

Pemain kelahiran Portugal itu berhijrah ke Madrid dari United dengan nilai perpindahan sebanyak 80 juta pound pada 2009.

Beliau menjaringkan 118 gol dalam 292 perlawanan dan dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia selepas membantu United menewaskan Chelsea menerusi penentuan penalti untuk merangkul trofi ketiga Liga Juara-Juara pada 2008.

Ronaldo merasakan tugas pertama Mourinho di Old Trafford adalah menggembalikan corak kemenangan dan mencari semula identiti mereka yang hilang sejak Sir Alex Ferguson bersara sebagai pengurus pada 2013.

"Dia sudah tandatangan kontrak, betul tak? Saya fikir ia bagus jika itu yang difikirkan United.

"Saya harap United kembali seperti dulu kerana mereka sebuah kelab yang hebat tetapi pada tahun lalu mereka hilang identiti.

"Dan ia amat menyakitkan apabila melihat United seperti itu kerana kelab tersebut sentiasa berada di dalam hati saya. Saya harap Mourinho dapat mengembalikan semula identiti kelab itu," katanya.

Sumber: Mstar



SHARE THIS

0 comments: