Wednesday 25 May 2016

Jumlah Kompaun 1MDB pada BNM adalah rahsia




1MDB hari ini membayar denda yang dikenakan ke atasnya oleh Bank Negara Malaysia kerana tidak mematuhi peraturan bank pusat.

"1MDB mengesahkan bahawa hari ini ia membuat pembayaran sepenuhnya kompaun, selaras dengan keputusan Bank Negara," katanya dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, 1MDB tidak mendedahkan jumlah yang syarikat itu didenda.

Bank pusat berkata ianya adalah bertentangan dengan peraturan sekiranya jumlah berkenaan diumumkan.

"Kompaun ini mengambil kira kegagalan 1MDB untuk membawa pulang wang ke Malaysia," kata gabenornya, Datuk Muhammad Ibrahim minggu lalu.

Bank Negara pada 28 April mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB kerana gagal mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Antara lain, peraturan itu termasuk keperluan untuk 1MDB membawa pulang AS$1.83 bilion (kira-kira RM7.76 bilion) daripada dana-dananya yang diremitkan di luar negara, berikutan pembatalan tiga kebenaran yang diberikan oleh Bank Negara kepada 1MDB pada tahun 2009, 2010 dan 2011.

Sumber: Mkini

comment: 1MDB syarikat yang penuh rahsia.



SHARE THIS

0 comments: