Saturday 16 July 2016

Dua mati lemas dalam kolam banjir




SHAH ALAM: Dua pelajar ditemui lemas di kolam tadahan banjir Alam Impian, Seksyen 35, dekat sini, petang tadi. Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata mangsa, Mohd Anif Izwan Abdul Rasid, 11, dan seorang lagi dikenali sebagai Mohd Faiz, 13, dipercayai lemas kira-kira jam 12.30 tenghari.

Katanya, hasil siasatan mendapati, mangsa bersama empat lagi rakan lain, Mohd Nizam Azmi, 11; Khairul Anuar Zaman, 13; Khairul Izlan Hairun Nas, 10; dan Muhammad Hafiz Abdul, 13, bermain bola sepak di padang berhampiran lokasi kejadian. "Mereka ini datang menaiki basikal dari Taman Seri Muda dan ketika bermain, bola terbabit termasuk ke dalam kolam itu.

"Dua mangsa berkenaan cuba mengambil bola terbabit tetapi gagal dan lemas," katanya. Shafien berkata, mayat Mohd Anif Izwan yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Muda 1 ditemui kira-kira jam 1.45 petang manakala mayat Mohd Faiz ditemui lima minit kemudian.

Mayat mereka dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.
Sumber : Bharian



SHARE THIS

0 comments: