Tuesday 7 June 2016

Gempar budak tersangkut di ampaian





GUANGXI - CHINA. Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun diselamatkan pasukan bomba selepas ditemui tergantung pada balkoni tingkat dua sebuah bangunan, hari ini.

Sebelum ketibaan pihak bomba, seorang jiran wanita yang menyedari kejadian tersebut bertindak berdiri di atap tingkap satu untuk memegang kanak-kanak tersebut.

Laporan CNN mengatakan bomba terpaksa mengunakan bahan penghakis untuk melonggarkan cengkaman jeriji besi yang memerangkap kaki mangsa.

Pasukan bomba juga mendapati kanak-kanak tersebut tinggal seorang diri di rumah ketika kejadian berlaku.

Kanak-kanak tersebut cedera di bahagian dagu dan telah dirawat di hospital.

Sumber: Sharian



SHARE THIS

0 comments: