Sunday 15 May 2016

Kit Siang Kembali ke Parlimen




Kit Siang Kembali ke Parlimen

Anggota Parlimen veteran DAP Lim Kit Siang melahirkan rasa gembira dapat kembali ke Dewan Rakyat selepas digantung selama enam bulan sejak Oktober tahun lalu.


Lim yang merupakan anggota Parlimen Gelang Patah turut disambut oleh wakil rakyat DAP di pintu masuk Dewan Rakyat dengan kain rentang yang bertulis 'Selamat kembali Lim Kit Siang. Pantang berundur'.

Malah, pada hari pertamanya hari ini, Lim turut mengambil kesempatan menggesa Parlimen supaya terus melakukan penyiasatan tentang skandal 1MDB.

"Saya sangat gembira dapat kembali semula selepas tidak hadir selama enam bulan.

"Gembira, tapi saya harap dapat mendengar jawapan daripada perdana menteri, menteri (tentang 1MDB) dan Parlimen dapat melakukan tugasnya untuk membuat gesaan tentang skandal 1MDB.

"Jangan benarkan pihak lain untuk lakukan perkara itu yang mana ia sepatutnya dilakukan oleh Parlimen dan pihak berkuasa Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sumber: Mkini



SHARE THIS

0 comments: