Tuesday 5 April 2016

Skandal 1MDB: Siasat identiti 'Malaysian Investigators'





KUALA LUMPUR: Wanita Umno pada Selasa mendesak pihak berkuasa supaya menyiasat identiti 'Malaysian Investigators' yang membuat tuduhan palsu terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 


Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu kenyataan berkata tuduhan palsu itu telah mencemar imej dan reputasi khususnya kepada perdana menteri dan negara. 

"Rakyat perlu tahu siapakah 'Malaysian Investigators' dan kertas siasatan palsu yang dinyatakan di dalam laporan WSJ (Wall Street Journal) itu," katanya. 

Shahrizat berkata beliau merujuk kepada beberapa laporan 'Wall Street Journal' (WSJ) khususnya laporan pada 30 Mac 2016 yang melaporkan bahawa Najib tidak mengambil wang daripada 1MDB dan WSJ mengakui bahawa wang itu adalah derma diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi. 

"Wanita Umno mendesak pihak berkuasa, sama ada polis atau peguam negara, untuk menyiasat identiti sebenar 'Malaysian Investigators' yang dimaksudkan oleh WSJ pada 2 Julai 2015 yang telah memberi 'kertas siasatan palsu' menuduh perdana menteri mengambil wang 1MDB sebanyak US700 juta," katanya.

-Bernama



SHARE THIS

0 comments: