Thursday 7 April 2016

Misteri Kehilangan Lelaki 57 Tahun





Miri, Rabu 6 April: Misteri lelaki berusia 57 tahun yang hilang sejak 27 Mac lalu terjawab apabila kepala dan kaki kirinya ditemui di tebing Sungai Nakat, Bakong, di sini, dipercayai dibaham buaya, semalam dan petang tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi Zulbadar Alior berkata, kepala mangsa, Richard Shutine Tambi ditemui pada 6.30 petang semalam manakala kaki kiri mangsa ditemui pada 3.15 petang tadi.

Katanya, mangsa dilaporkan hilang pada 27 Mac lalu ketika memukat seorang diri di kawasan berkenaan.

"Anggota badan mangsa itu ditemui kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa memukat," katanya.

Katanya, operasi yang masuk hari kedua itu dihentikan pada 5 petang tadi dan akan disambung semula pagi esok.

Sumber: Hmetro



SHARE THIS

0 comments: